Kecederaan dan implikasi tarian Tarian dan kesihatan

Seperti mana-mana aktiviti fizikal, tarian juga ada risiko kecederaan. Penari ibarat atlet dan memerlukan latihan berjam-jam yang boleh memberi tekanan pada badan. Akibatnya, kecederaan sukan, kecederaan ketegangan berulang dan tekanan tempat kerja kronik boleh menjadi perkara biasa.

Penari berisiko mengalami kecederaan dalam perjalanan kerjaya mereka; ramai yang bersara daripada persembahan aktif pada pertengahan hingga lewat 30-an. Memandangkan tarian adalah seni persembahan dengan penekanan pada estetika, penari juga berisiko tinggi mengalami masalah imej badan dan gangguan pemakanan seperti anoreksia nervosa atau bulimia.[7] Beberapa tarian seperti balet adalah sangat meletihkan bagi badan. Kajian menunjukkan bahawa penari dalam syarikat praprofesional elit mempunyai 1.38 kecederaan setiap 1000 jam menari, dengan purata penari kira-kira 30.3 jam seminggu. Kecederaan paling biasa adalah pada bahagian bawah kaki, dengan buku lali adalah yang paling biasa. Kecederaan secara purata mengambil masa kira-kira 7 hari untuk sembuh, dengan kecederaan kaki mengambil masa paling lama pada 14 hari dan kecederaan paha paling rendah pada 2 hari.[8] Satu lagi risiko yang dihadapi oleh penari ialah gangguan makan. Mereka sentiasa dinilai berdasarkan penampilan mereka dan dijangka mempunyai badan yang langsing dan kencang. Ini boleh membawa kepada banyak risiko kesihatan.[9]

Jenis kecederaan

Banyak pergerakan tarian, khususnya teknik balet seperti pergerakan pinggul dan berdiri atas jari kaki (jengket; en pointe), menguji had julat pergerakan badan manusia. Pergerakan tarian boleh memberi tekanan pada badan apabila tidak dilakukan dengan betul. Meskipun dengan gaya sempurna, pengulangan berlebihan boleh menyebabkan kecederaan regangan berulang. Kecederaan paling biasa bagi penari balet ialah sindrom patah pinggul dan kecederaan kaki atau buku lali.[10] Kecederaan kaki dan buku lali terdedah kepada pelbagai jenis kecederaan termasuk patah tulang akibat tekanan, kecederaan tendon, terseliuh dan regangan. Kebanyakannya disebabkan bukan sahaja akibat penekanan gerak kaki dalam tarian, tetapi juga kasut dipakai. Penari memakai sama ada kasut pointe, berkaki ayam, kasut lembut atau bertumit, dan semua ini tidak memberikan sokongan. Kecederaan bahu boleh menjadi perkara biasa dalam kalangan penari lelaki kerana gerakan mengangkat, bekerjasama dan kerja lantai yang biasa dilihat dalam tarian moden. Otot periskapula membantu dalam memastikan bahu dalam keadaan stabil, dan otot-otot ini lebih berisiko mengalami kecederaan dalam kalangan penari.[11]

Selain itu, tarian berlebihan dan keadaan kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang buruk seperti lantai keras, studio atau teater yang sejuk, atau menari tanpa pemanasan badan mencukupi juga meningkatkan risiko kecederaan. Untuk mengurangkan risiko, latihan tarian menekankan pembinaan kekuatan dan membentuk tabiat yang sesuai. Koreografer dan pengajar tarian selalunya akan meletakkan tuntutan tertentu kepada pelajar dan penari mereka tanpa mengambil kira bahawa setiap penari berhadapan dengan batasan anatomi yang berbeza. Penari akan berusaha untuk mencapai estetika yang ideal dalam teknik tarian masing-masing sehingga melampaui batas badan mereka, dan dengan itu, meletakkan diri mereka dengan risiko kecederaan yang lebih tinggi. Kecederaan juga boleh berlaku disebabkan pergerakan tanpa persiapan mencukupi, dan penjagaan mesti diambil supaya pelajar tidak ditekan secara tidak wajar.[12]

Pencegahan

Penjagaan dalam mengelakkan kecederaan dalam kalangan penari adalah penting dan akan membantu aktiviti fizikal sepanjang hayat yang sihat serta mengelakkan kecederaan pada masa hadapan. Ajaran beberapa teknik mudah oleh ibu bapa, guru, dan profesional perubatan boleh mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Antara perkara-perkara yang patut diamalkan ialah memakai pakaian dan kasut yang sesuai, minum banyak cecair untuk kekal terhidrat, jangan menari dalam keadaan sakit- berehat dan mulakan semula, dan belajar teknik yang betul.[13] Bagi tarian sosial, penggunaan lantai berspring sangat disyorkan.[14] Oleh kerana kecederaan tarian boleh merosakkan kerjaya, para profesional semakin enggan menari di mana-mana lantai jenis lain. Dalam balet, pliƩ (bengkokan lutut) yang baik semasa mendarat membantu melindungi daripada kecederaan lutut. Banyak jenis tarian, terutamanya tarian rakyat, mempunyai lompatan berlangkah, dan kesan pendaratan boleh dikurangkan dengan membengkokkan lutut secara sedikit. Perbuatan memanaskan dan menyejukkan badan disyorkan sebelum dan selepas senaman untuk mengelakkan ketegangan, sakit otot dan kecederaan yang mungkin berlaku.[15] Penyesuaian diri juga merupakan cara yang baik untuk mengelakkan kecederaan tarian.[16]

Rawatan kecederaan

Aturan RICE (Rehat, Ais, Mampatan, Penaikan) secara amnya dianggap sebagai terapi pertolongan cemas yang baik dalam kebanyakan kecederaan tarian sebelum ambulans tiba, atau dalam apa-apa yang boleh dianggap sebagai kecederaan ringan.[17] Kesakitan dan keradangan boleh dikurangkan menggunakan ubat antiradang bukan steroid (NSAID) sebagai gel yang disapu pada kawasan yang terjejas (bukan pada kulit yang pecah). Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa menutup kesakitan semata-mata untuk meneruskan tarian adalah berbahaya kerana ia boleh memburukkan lagi kecederaan.[14]

Tekanan

Penari profesional mungkin mengalami tekanan tempat kerja kronik akibat keselamatan kerja yang tidak menentu serta persekitaran kerja yang berubah-ubah. Purata pendapatan seorang penari balet adalah rendah,[18] dan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan adalah sangat tinggi. Gaji median setiap jam untuk penari dianggarkan $17.49 pada Mei 2019.[19] Sebagai tambahan terhadap tekanan akibat hal ini, penari juga mungkin mengalami tekanan psikologi dalam mencapai kesempurnaan teknikal dan fizikal.[20] Dalam tinjauan terhadap 300 penari profesional, 40% adalah perokok, jauh tinggi daripada dengan purata Pusat Kawalan Penyakit: 24% wanita Amerika dan 29% lelaki Amerika berumur 18-34 tahun.[21]

Imej badan dan pemakanan yang tidak teratur

Seperti aktiviti lain (seperti joki kuda), di mana berat badan menjadi faktor, penari berisiko lebih tinggi untuk mengalami gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia.[22] Menurut penyelidikan, kira-kira 12% penari mengalami gangguan pemakanan, termasuk 16.4% penari balet.[23] Ramai penari muda uang percaya bahawa penari ideal mestilah kurus, mungkin mula mengawal diet mereka, kadangkala secara obsesif.[24] Ini merupakan tradisi yang mendalam dalam tarian, terutamanya balet. Terdapat standard yang tinggi, salah satunya ialah idea perfeksionisme dalam mempunyai bentuk badan yang ideal. Ramai penari tertekan untuk mencapai matlamat ini.[25] Oleh sebab itu, penari adalah tiga kali lebih berkemungkinan mengalami gangguan makan, terutamanya anoreksia nervosa dan EDNOS.[23] Penari sedemikian mungkin tidak menyedari atau mungkin memilih untuk mengabaikan fakta bahawa penari yang kurus kering tidak akan mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk balet. Pemakanan yang tidak mencukupi pada remaja perempuan telah dikaitkan dengan perkembangan skoliosis (bengkok tulang belakang), disebabkan oleh penurunan pengeluaran estrogen dan seterusnya pengurangan kepadatan tulang. Seorang penari dengan pemakanan yang kurang baik berisiko lebih tinggi untuk mengalami kecederaan dan masalah kesihatan jangka panjang. Persembahan penari dengan kekurangan zat makanan akan terubah dan menjadi lemah apabila badannya mula memecahkan otot dan tulang untuk menjana tenaga. Ini meletakkan penari berisiko memperoleh kecederaan serta melambatkan penyembuhan.[26]

Rujukan

WikiPedia: Tarian dan kesihatan http://au-di-tions.com/anorexia-and-dance-looking-... http://www.dance-teacher.com/2010/08/10-common-dan... http://www.edonline.com/collegecompass/oohb0107.ht... http://content.karger.com/produktedb/produkte.asp?... http://www.londondance.com/content.asp?CategoryID%... http://www2.gsb.columbia.edu/faculty/NSicherman/Re... http://www.med.nyu.edu/hjd/harkness/patients/injur... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/16484172 //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23988783 //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/6580964